Soalan Lazim

Anggaplah NutriWell sebagai rakan kesihatan dan kesejahteraan anda! Kami menghasilkan produk makanan bernutrisi tinggi dengan penuh kasih sayang untuk memberikan yang terbaik untuk anda. Rangkaian kami merangkumi susu berasaskan soya yang kaya dengan nutrien, susu bukan tenusu yang diperkaya, dan minuman tradisional berinspirasikan Asia yang dibru segar – semuanya demi kesejahteraan anda.

Produk kami dihasilkan dengan penuh teliti di Malaysia, Singapura, dan Thailand serta mematuhi piawaian kualiti yang ketat. Kami berbangga kerana mempunyai pensijilan demi menjamin anda menerima hanya yang terbaik.

Kami memilih bahan-bahan dengan teliti daripada pembekal yang dipercayai dan mempunyai komitmen tinggi terhadap etika dan kelestarian. Kami utamakan perkara ini kerana kami mengambil berat terhadap bumi dan kesihatan anda.

Di NutriWell, kami percaya dengan kelebihan makanan berasaskan tumbuhan – baik untuk anda mahupun bumi. Kami memilih bahan-bahan berasaskan tumbuhan dengan teliti untuk menghasilkan produk yang lazat dan berkhasiat, selaras dengan gaya hidup yang lestari.

Produk NutriWell sangat serba guna! Nikmati susu berasaskan tumbuhan kami dalam kopi di pagi hari anda, campurkan ke dalam minuman buah-buahan, atau campurkan Minuman Istimewa Asia kami di dalam resipi pencuci mulut. Kami galakkan anda untuk melihat bahagian resipi untuk idea yang menarik dan menyelerakan!

Dengan sukacitanya, ya! Produk kami diiktiraf Halal. Kami memahami kepentingan pensijilan Halal kepada pelanggan kami di Malaysia dan serantau. Sila semak logo Halal pada pembungkusan atau rujuk maklumat produk di laman web kami untuk butiran pensijilan lanjut. Kami komited untuk menyediakan produk berkualiti tinggi yang merangkumi segalanya.

Kami percaya semua orang berhak menikmati makanan yang lazat dan berkhasiat. Kami menawarkan pelbagai pilihan yang sesuai untuk pelbagai keperluan diet anda. Sila semak label produk untuk maklumat alergen dan label seperti vegan, bebas gluten, atau bebas laktosa. Namun, kami syorkan anda berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan bertauliah terlebih dahulu jika anda mempunyai keperluan diet khusus atau masalah kesihatan untuk memastikan produk kami sesuai dengan kehendak anda.

Walaupun produk NutriWell kami diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, kami menyarankan agar anda mendapatkan nasihat pakar pediatrik atau ahli kesihatan profesional sebelum memberikannya kepada kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai keperluan pemakanan yang berbeza dan penting untuk memastikan sebarang makanan atau suplemen sesuai untuk usia dan perkembangan mereka. Sila rujuk maklumat pemakanan dan senarai ramuan pada pembungkusan produk.

Ketelusan adalah penting buat kami! Anda boleh dapatkan maklumat pemakanan lengkap, termasuk ramuan dan alergen, pada pembungkusan setiap produk dan juga di laman web kami.

Sudah tentu! Kami gemar berkongsi ilmu. Anda boleh menemui artikel blog, resipi yang enak dan pandangan pakar mengenai nutrisi dan kesejahteraan di laman web serta buletin kami.

Jangka hayat produk NutriWell bergantung kepada jenis produk dan jenis pembungkusannya. Anda boleh semak tarikh “baik sebelum” atau “tarikh luput” yang dicetak pada pembungkusan. Untuk memastikan kesegaran dan kualiti terbaik, sila gunakannya sebelum tarikh tersebut dan ikuti arahan penyimpanan yang disediakan.

Untuk mengekalkan kesegaran produk NutriWell, simpan dalam peti sejuk selepas dibuka. Arahan penyimpanan terperinci boleh didapati pada pembungkusan produk.

Ya, itu adalah perkara biasa untuk produk berasaskan tumbuhan disebabkan sifat semula jadi bahan-bahannya. Goncang dengan ringan dan tekstur licin dan berkrim akan kembali seperti sediakala. Jangan risau! Kualiti dan nilai nutrisinya tidak terjejas.

Kami sedia membantu! Pasukan khidmat pelanggan kami yang mesra akan membantu anda melalui emel di [email protected] atau isi borang di laman web kami.

Ada lagi pertanyaan?